Connect with us

Hiburan

‘Fizikal Dihina, Akaun Digodam’ – Atlet OKU Ukraine Mohon Maaf, Rayu Simpati Malaysia

Akibat dituduh menjadi punca kepada pembatalan pingat emas milik Ziyad Zolkefli, seorang atlet Malaysia, netizen mula menyerang akaun sosial media yang dikaitkan dengan atlet Paralimpik dan kedutaan negara Ukraine.

Setelah akaun Facebook kedutaan Ukraine diserang semalam, netizen melepaskan amarah mereka kepada Maksym Koval, pesaing Ziyad di akaun peribadinya.

Atlet tersebut dibanjiri dengan pelbagai bentuk kecaman terhadap atlet tersebut.

Menurut Koval, akaunnya yang pertama turut digodam oleh netizen dari Malaysia selepas pembatalan pingat emas Ziyad diumumkan.

Advertisement

Pengumuman tersebut dibuat oleh Koval di akaun keduanya semalam.

Bagi mengelakkan isu ini berpanjangan dan tidak tahan dengan tindakan netizen yang tidak henti-henti melakukan serangan terhadapnya, atlet tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka di story Instagram miliknya.

Walaupun dia telah meluahkan kekesalannya serta membuat permohonan maaf secara terbuka, tentera bawang nampak masih lagi tidak mahu berundur.

Melalui akaun kedua milik atlet Ukraine ini, netizen dilihat turut hentam beliau selain daripada meninggalkan komen yang jelik.

Tindakan tentera bawang tersebut bagaimanapun dilihat bersifat keterlaluan kerana dianggap tidak matang selain mencemarkan imej negara di mata dunia.

Advertisement

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel