Connect with us

Viral

Kerap Pakai Baju Yang Sama? Pemuda Ini Bongkar Rahsia Tentang Baju Tersebut

Sememangnya berat dan sakit apabila kita merindui orang yang sudah tiada dengan kita apatah lagi orang tersebut merupakan insan yang rapat dengan kita.

Maka tidak salah jika kita terus mengingatinya dengan cara tersendiri asalkan tidak meratap atau menyalahkan takdir diatas pemergiannya.

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang dikenali sebagai @teheuiss telah memuat naik sebuah video yang menjawab soalan daripada sesetengah pihak mengapa dia sering memakai baju yang sama apabila menunaikan solat Jumaat sebelum ini.

Menurut pemuda yang berusia 20 tahun ini, baju Melayu berkenaan sebenarnya baju terakhir milik arwah adiknya semasa hari raya sebelum ia meninggal dunia kerana kanser sekitar tahun 2019.

Pemakaian baju tersebut merupakan satu cara dia menyatakan rasa rindu terhadap adiknya iaitu Allahyarham Mohammad Haiqal Najmi bin Muhammad Zura.

Advertisement

Terdahulu, pengguna TikTok ini pernah tular apabila memuat naik video kebersamaannya dengan adik lelakinya sebelum remaja itu meninggal dunia setelah berjuang melawan kanser.

Ramai yang meninggalkan komen dengan mengucapkan salam takziah kepada pemuda tersebut sehubung dengan perkongsian yang dibuat oleh @teheuiss itu.

Mereka juga sempat mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan rohnya terus dicucuri rahmat.

Pengguna TikTok berkenaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan sudi mendoakan kesejahteraan arwah adiknya di alam sana.

@teheuissNi last baju raya arwah adik :’)) #ttfadan #decixotentions #cixontentions #decixotention #fypmasukbranda #foryourpagess♬ original sound – _belkartiika

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel