Connect with us

Global

Nasib Sempat Dibantu, Gelagat Anak Gajah ‘Berusaha’ Nak Panjat Tebing Sungai Jadi Perhatian

Seorang pembuat filem, Kim Wolhuter, 62 tahun yang sedang berkunjung ke Mashatu Game Reserve di Botswana berjaya merakam suatu kejadian yang mengharukan di mana seekor anak gajah yang tersekat di tebing sungai telah dibantu oleh ibunya.

Katanya, dia melihat anak gajah tersebut trsekat dan cuba mengikuti ibunya di tebing Sungai Majale. Ibu gajah tersebut pada awalnya tidak menyedari keadaan anaknya itu dan meneruskan perjalanannya manakala kawanan gajah yang lain pula dilihat berjaya mendorong diri mereka ke atas tebing dengan mudah.

Tetapi anak gajah itu tidak mempunyai cengkaman yang kuat hingga akhirnya gajah lain yang berada di belakang cuba membantu menolaknya ke atas dengan menggunakan belalai.

 “Sungai Majale hanya mengalir  selama beberapa bulan dalam setahun. Walaupun permukaan airnya hilang, tetapi masih ada air di bawah pasir yang sering digali oleh gajah untuk mendapatkan sumber air tersebut.” Cerita Wolhuter.

Advertisement

Tambahnya lagi, “Saya memandu di sepanjang tebing sungai dalam beberapa kilometer untuk melihat siapa yang menggali lubang-lubang ini. Saya lihat tebing di kawasan utara terus ‘terputus’ setiap kali banjir, namun di tempat tertentu gajah dapat mengharungi jalan curam untuk keluar dari dasar sungai.”

“Ketika saya lalu di sebuah jalan, saya lihat ada kawanan gajah sedang menuju ke tebing. Saya berhenti untuk menonton mereka kerana kagum dengan ketangkasan binatang-binatang besar itu. Dua ekor gaja naik ke tebing dan terus bergerak. Kemudian, seluruh keluarga yang lain mengikuti termasuk seekor anak gajah,” ujar Wolhuter.

Wolhuter menyambung, “Anak gajah itu berusaha naik ke atas tetapi tersekat di tebing yang curam. Pada mulanya, ibu gajah itu tidak menyedari perkara tersebut. Gajah lain yang berada di belakang anak gajah itu pun cuba membantu dengan menolaknya ke atas sehingga berjaya mendaki tebing curam itu. Tidak lama kemudian, ibu gajah itu menyedari hal tersebut lalu datang untuk menyelamatkan anaknya tetapi anaknya sudah pun dibantu.”

“Kita semua tahu bahawa gajah merupakan spesies yang saling peduli dan saling membantu setelah melihat tindakan gajah tadi yang cuba menyelamatkan dan memastikan tidak ada seekor pun yang tertinggal,” kata Wolhuter sebagai penutup cerita.

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel