Connect with us

Global

Penduduk ‘Cop’ Giliran Vaksinasi Guna Selipar,Tak Perlu Berhimpit, Beratur Lama-Lama

Masyarakat di Indonesia dilihat semakin tertarik untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19. Perkara ini terbukti melalui sebuah video yang viral di media sosial baru-baru ini apabila orang ramai terpaksa beratur panjang sejak waktu subuh.

Menurut portal, mereka yang ingin mendapatkan vaksin biasanya akan diberikan nombor giliran untuk mengelakkan masyarakat berkerumun. Namun begitu, disebabkan kuota yang terhad, ramai yang terpaksa datang untuk mengambil nombor giliran tersebut sejak subuh.

Seperti yang berlaku dalam video yang dimuat naik oleh akaun Tiktok @kaptenrif, terlihat jelas situasi dipercayai di salah satu lokasi vaksinasi yang sudah didatangi oleh ramai penduduk setempat untuk mendapatkan nombor giliran. Apa yang menarik ialah apabila cara mereka beratur yang dianggap unik dan kreatif.

Mereka meletakkan selipar masing-masing sebagai wakil diri sendiri dalam barisan tersebut. Terlihat dalam video itu, selipar-selipar disusun sesuai dengan urutan kedatangan, iaitu siapa yang paling awal maka seliparnya akan berada di hadapan sekali. Disebabkan selipar-selipar mereka disusun hanya dalam satu barisan, maka mereka terpaksa berbaris sehingga terkeluar daripada lokasi vaksin, lapor portal.

Advertisement
@kaptenrifAda aja kelakuan warga (+62), besok gua nitip sendal dari malem kali yaaa😂♬ original sound – Tony Roy

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel