Connect with us

Hiburan

Tayang Kereta ‘Baru’ Di IG, Ramai Yang Tanya Tentang ‘Refund Ticket’

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group merupakan antara individu terkaya di Malaysia.

Maka tidak hairan apabila beliau mampu memiliki kereta-kereta mewah dan ‘rare’ sebagai koleksi peribadinya.

Baru-baru ini, Tan Sri Tony Fernandes telah memuat naik gambarnya bersama sebuah kereta Tesla Model Y iaitu sebuah kenderaan Crossover SUV.

Menurut kapsyen yang ditulis, beliau memberitahu bahawa kereta tersebut merupakan kereta yang bebas daripada pencemaran dan dapat melindungi serta memelihara alam sekitar.

Advertisement

Walaubagaimanapun, apa yang lebih menarik ialah komen-komen yang diterima di raungan Instagramnya apabila beberapa individu menyuarakan tentang gaji serta bayaran balik berkenaan tiket pesawat Air Asia yang ‘burn’ disebabkan pandemik.

Bukan itu saja,posting berkenaan juga menjadi bahan bualan di laman Twitter apabila ramai yang perasan akan komen-komen yang diterima oleh Tan Sri Tony Fernandes di postingannya bersama kereta baru yang diperolehnya sewaktu Hari Kemerdekaan tempoh hari.

Susulan daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group terus menerima hujatan daripada netizen kerana beberapa isu termasuklah berkenaan bayaran balik tiket pesawat yang sudah ditempah namun jadual penerbangan dibatalkan kerana masalah-masalah tertentu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel