Connect with us

Jenayah

Pemandu Lori Ditahan, Rogol Kanak-Kanak Usia 12 Tahun Di Hotel

Seorang pemandu lori di Bandar Bukit Tinggi, Klang ditahan polis pada Rabu selepas didakwa merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang dikenalinya menerusi aplikasi WeChat, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memetik Sinar Harian berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 17 Ogos lalu, kira-kira jam 10.20 pagi.

“Mangsa keluar rumah dan dibawa oleh kenalannya itu ke sebuah hotel di Taman Bayu Perdana, Klang sebelum diberi minum air hingga tidak sedarkan diri dan kemudian dirogol.

“Kanak-kanak tersebut pulang pada keesokan harinya dan ibu tiri mangsa bertanyakan hal terbabit kepada mangsa yang kemudian mengaku berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi WeChat pada hari kejadian tersebut, ” katanya memetik Sinar Harian pada Jumaat.

Advertisement

Jelas beliau, suspek telah ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Bandar Bukit Tinggi, Klang kira-kira 6 petang pada Rabu, susulan hasil laporan polis yang dibuat oleh ibu tiri mangsa.

Tambahnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit untuk tindakan lanjut dan suspek berusia 20 tahun itu direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel