Connect with us

Global

Pengacara Televisyen Terima Kecaman Selepas Minta Tetamu Tunjuk Cara Perkosa Wanita

Seorang pengacara sebuah stesen penyiaran swasta di Ivory Coast digantung tugas selama 30 hari selepas meminta tetamu rancangannya yang merupakan seorang pesalah kes rogol menunjukkan cara-cara merogol wanita menggunakan patung sebagai ganti, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Yves de Mbella yang merupakan seorang pengacara popular bersama  stesen televisyen Nouvelle Chaine Ivoirienne menjemput seorang lelaki yang disabitkan jenayah rogol dalam sebuah rancangan kendaliannya.

Dalam segmen  tersebut, de Mbella meminta tetamu itu menunjukkan cara-cara dia merogol wanita menggunakan sebuah patung.

Tidak cukup dengan itu, de Mbella turut membantu lelaki terbabit untuk membetulkan kedudukan patung tersebut dan bertanya soalan bagaimana dia memilih mangsanya, sama ada wanita kurus atau gempal.

Advertisement

Dia turut bertanya sama ada mangsa-mangsa perogol itu ‘menikmati’ kejadian rogol tersebut.

Tindakan de Mbella menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh Ivory Coast serta rantau Afrika Barat dan Tengah.

Sebuah suruhanjaya komunikasi bebas di Ivory Coast berkata, de Mbella digantung tugas kerana didapati menggunakan bahasa yang tidak sopan, membiarkan aktiviti rogol berlaku dan mencalarkan maruah wanita.

“Saya meminta maaf seikhlasnya kerana mengejutkan orang ramai ketika cuba untuk meningkatkan kesedaran (mengenai jenayah rogol). Saya telah membuat kesilapan.

“Saya meminta maaf atas semua yang saya telah saya perkatakan atau lakukan ketika program tersebut yang menyinggung perasaan ramai.

Advertisement

“Saya memohon maaf kepada semua mangsa rogol,” katanya dalam satu permohonan maaf.

Sementara itu, stesen televisyen Nouvelle Chaine Ivoirienne turut memohon maaf atas insiden tersebut dan telah membatalkan episod akhir program berkenaan yang dijadualkan diterbitkan pada esok. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel