Connect with us

Sukan

“Perak FC, Tak Ada Perkataan Untukku Curahkan Perasaan” – Faizal Azumu

Pasukan bola sepak Perak FC secara rasminya tersingkir ke Liga Perdana setelah tewas 1 -2 kepada Melaka United pada malam ini.

Penyingkiran skuad The Bos Gaurus itu mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu yang memberi reaksi di laman Twitternya sendiri.

“Perak FC…tak ada perkataan untuk ku curahkan perasaan!” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Perak itu turut memuat naik beberapa ciapan seterusnya, dipercayai berkisarkan isu penyingkiran Perak FC pada malam ini.

“Aku tak faham! Kerja cukup senang, ikut je le nasihat, selesai masalah. Kome lampo pandei! Kan dah terjunam?” katanya.

Beliau dilihat turut memberi kata-kata semangat buat pihak pengurusan yang dikatakan telah memberikan yang terbaik selain memohon maaf kepada pemain-pemain pasukan Perak FC.


“Pengurusan telah buat yang terbaik. Ia bukan salah mereka. Pemain-pemain, maafkan saya. Tak banyak yang saya boleh buat.

“Saya doakan anda semua menjadi yang terbaik. Kalau anda jatuh, bangkit kembali. Nanti kita akan berjumpa di sana, di puncak!” tambahnya.


Kenyataan itu telah menarik perhatian warganet terutamanya warga Perak sendiri di mana rata-rata mereka turut bersimpati dan memberikan pendapat masing-masing.

Sumber: Twitter Faizal Azumu

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel