Connect with us

Terkini

Ajaran Sesat Dakwa Jumpa Malaikat, Nabi Muhammad SAW Dan Tahu Tarikh Kematian, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun Buat Pengikut ‘PMYT’

Tular di media sosial mengenai ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Sittah Annur. Difahamkan, pihak polis juga telah menahan individu yang terlibat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ Harun mengakui bimbang dengan kewujudan kumpulan PMYT kerana fahaman ini sangat menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan ianya berkait dengan aqidah.

PMYT mendakwa menerima ramalan melalui mimpi termasuk berita bakal berlakunya Perang Dunia Ke-3 bermula di Sabah selain mengajak orang ramai mencari Imam Mahdi supaya dapat menyelamatkan masyarakat daripada huru-hara peperangan.

“Sejak 6 bulan yang lalu, kumpulan PMYT ini telah berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan yang mereka perolehi melalui mimpi menggunakan platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram.

Advertisement

Mereka yang mengikuti juga terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah, pesara kerajaan termasuk anggota polis serta tentera.”

“Bahkan saban hari jumlah pengikut kumpulan PMYT ini semakin meningkat sehingga mereka bergiat aktif dan mampu mewujudkan 22 kumpulan Telegram di seluruh negara.”

Lebih membimbangkan apabila Sittah Annur turut mengajak para pengikutnya keluar bersama jika berlakunya peperangan selain  menimbulkan pemikiran bahawa masyarakat perlu menyembunyikan diri dan kekal berada di dalam hutan untuk mendapatkan keselamatan.

“Dia mendakwa dirinya beryaqazah (bertemu secara sedar) dengan malaikat dan Nabi Muhammad SAW. Antara mimpinya juga adalah mengenai keadaan syurga dan neraka. Beliau sempat meronda di dalam mimpinya dan mengakui telah mengetahui bila tarikh kematiannya dan anaknya malah huru-hara yang akan berlaku pada hari kiamat.”

Foto: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Advertisement

Tegas Ustazah Asma’ lagi, tiada seorang pun yang mengetahui bilakah akan terjadinya hari kiamat. Malah, kita juga tidak boleh meyakini dan mentafsirkan mimpi berdasarkan pandangan kita sendiri.

“Mimpi hanya boleh ditakwilkan oleh segolongan yang dikurniakan Allah SWT untuk mengetahui akan rahsia-rahsianya.

Sungguh, hanya mimpi para nabi dan rasul sahaja mimpi benar yang boleh dijadikan sebagai sumber hukum dan hujah syarak. Manakala orang biasa seperti kita, pasti tidak mampu untuk melepaskan diri daripada hasutan syaitan yang boleh menggugat kesahihan takwilan mimpi.”

Dalam kesempatan itu, Ustazah Asma’ merayu kepada umat Islam supaya lebih berilmu untuk menghalang daripada berlakunya salah faham dan munculnya kumpulan ajaran sesat yang merosakkan akidah seseorang.

“Syukur Menteri Agama, Ustaz Idris Ahmad telah menegaskan untuk menyelamatkan aqidah kumpulan ini melalui pendekatan kaunseling dan pendidikan buat mereka. Bahkan semua pihak berkuasa agama tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang ajaran sesat. Sungguh, inilah tindakan yang tepat dan patut dibuat.”

Advertisement

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel