Empat Pemilik Kereta Mewah Ditahan Pandu Lawan Arus

Tindakan empat lelaki menguji kelajuan kereta mewah dengan memandu secara melawan arus membawa padah apabila ditahan polis dalam Operasi Khas Samseng Jalanan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.20 malam, mereka dikatakan memecut kereta masing-masing di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) berhampiran Awan Besar.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Nadzri Hussain, mereka ditahan dalam operasi disertai dua pegawai dan 19 anggota Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman, antara 10 malam hingga 4.45 pagi tadi.

“Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus didapati bersaing secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar.

Advertisement

“Pada 11.50 malam dua kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 didapati melakukan aksi sama,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek kemudiannya memberhentikan kenderaan di di kawasan parkir R&R Awan Besar dalam keadaan selamat sebelum dihampiri pasukannya.

“Kita kemudiannya menahan semua suspek yang berusia 24 hingga 34 tahun sebelum membawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam operasi berasingan, lapan individu turut ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Kilometer 16 Lebuh Raya Grand Saga arah Kuala Lumpur dan Kilometer 8.8 Lebuh Raya Persekutuan arah Klang.

“Semua individu berusia 19 hingga 22 tahun itu menunjukkan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal.

Advertisement

“Ada antara mereka bersaing sesama sendiri dan melakukan pelbagai aksi seperti ‘zig-zag’ serta ‘superman.’ Mereka kemudiannya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago