Connect with us

Terkini

Kutip Derma RM91,000 Selepas Sebar Berita Palsu kematian 14 Ahli Keluarga

Kakitangan kontraktor Petronas Pengerang yang ditahan selepas disyaki menyebarkan berita palsu kematian 14 ahli keluarganya akibat Covid-19 berjaya meraih sumbangan sebanyak RM91,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan suspek berusia 45 tahun itu, semalam selepas lelaki itu hadir sendiri ke Balai Polis Bayu Damai.

“Suspek ditahan ketika hadir sendiri di Balai Polis Bayu Damai dipercayai ingin membuat laporan ‘covering’ bagi diri suspek tentang kejadian itu.

“Siasatan juga mendapati suspek setakat ini dipercayai telah menerima sumbangan sebanyak RM91,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Hussin berkata, hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu berkenaan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 itu bagi mendapatkan sumbangan derma sejak bulan Jun lalu.

Tambah beliau, suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat juga boleh dikenakan denda.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan atau derma supaya tidak menjadi mangsa penipuan,” ujarnya.

Terdahulu Petronas dalam kenyataan menafikan dakwaan seorang individu yang merupakan kakitangan kontraktornya telah kehilangan 14 ahli keluarga akibat wabak Covid-19.

Advertisement

Kenyataan itu memberitahu, individu berkenaan telah ditahan pihak berkuasa kerana membuat kenyataan palsu berhubung perkara tersebut.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel