Connect with us

Jenayah

Polis Buru Tiga Tahanan Positif COVID-19 Lari Dari PKRC Di Tawau

TAWAU: Polis sedang giat memburu tiga tahanan lelaki positif Covid-19 yang meloloskan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Arena di sini pada 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata dua tahanan iaitu Niko Matheus, 25, dan Hashim Muhamad Syata, 34, merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi Jimnajir Annor, 23,  warga Filipina.

“Ketiga-tiga mereka ini ditempatkan di PKRC Dewan Arena di sini bersama 16 tahanan lain, siasatan awal mendapati mereka mengumpil keluar dawai besi di tandas untuk melarikan diri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Peter berkata, susulan itu pihaknya melancarkan operasi khas Ops Tutup dengan melakukan sekatan jalan raya di lokasi strategik termasuk di jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama di sini bagi mengesan semua suspek terbabit.

Advertisement

“Polis yakin ketiga-tiga tahanan ini masih berada di Tawau, kita juga melaksanakan operasi Ops Kesan dengan mewujudkan pasukan pengesan terdiri daripada pelbagai unit polis,” katanya.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek berkenaan diminta tampil dan melaporkan segera ke balai polis berdekatan. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel