Connect with us

Politik

DAP Sokong Azalina Jadi Speaker Dewan Rakyat

DAP telah menghubungi Ahli Parlimen Penggerang dan anggota Majlis Tertinggi Umno, Azalina Othman untuk membincangkan isu-isu pembaharuan parlimen dan kemungkinan menyokongnya sebagai speaker Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata parti itu telah menghantar timbalan pengerusi kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo untuk bertemu Azalina berhubung cadangannya untuk mengadakan pilihan raya pecat (recall election) bagi menangani isu wakil rakyat yang melompat parti.

“DAP bersedia untuk berbincang lebih jauh dengan (Azalina) jika dia serius untuk mengemukakan namanya menggantikan Azhar bagi mengembalikan imej dan kredibiliti Parlimen yang telah dirosakkan teruk oleh ketundukan Azhar kepada perintah Eksekutif,” kata Lim dalam kenyataan.

Azalina, kata Lim, dalam beberapa bulan lalu dilihat ke hadapan dalam menganjurkan reformasi institusi parlimen.

Advertisement

“Azalina mesti menyusun rancangan tentang bagaimana mengelakkan parlimen menjadi sebagai rubber stamp untuk perdana menteri semata-mata dan mendaulatkan parlimen seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat mahu parlimen menjadi institusi demokrasi utama yang menjadikan kehidupan yang lebih positif bagi rakyat Malaysia,” kata Lim.

Azalina dan ahli Parlimen DAP dilihat mesra selepas beliau menyertai kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak dalam menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin Yassin bulan lalu.

Ahli Parlimen Segambut dari DAP Hannah Yeoh secara terbuka berkempen untuk Azalina diberikan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio hal ehwal undang-undang.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel