Jurujual Kenderaan Didakwa Memandu Dengan Berbahaya Sebabkan Tiga Kematian

Seorang jurujual kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, atas tiga pertuduhan memandu dengan berbahaya kepada pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kematian tiga mangsa bulan lepas.

Tertuduh A R Sathiya Ganes, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Dia didakwa memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, dan pemboncengnya Hasrandy Bahrum, 27, serta seorang lagi penunggang motosikal Mohd Nur Hisham Hassan, 29 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan di sini kira-kira pukul 5.30 petang, 21 Ogos lepas, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Advertisement

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun, denda tidak kurang daripada RM20,000 dan maksimum hingga RM50,000 selain hilang kelayakan memegang lesen memandu tidak kurang daripada lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Dalam prosiding yang sama, Sathiya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuhnya ketika ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, kira-kira 4 petang pada 23 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret membenarkan jaminan keseluruhan RM12,500 masing-masing dengan seorang penjamin iaitu RM3,500 bagi setiap pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, manakala RM2,000 bagi kes dadah.

Nurul Izalina turut menetapkan 1 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen serta keputusan ujian kimia.

Advertisement

Mahkamah juga memerintahkan agar tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat dua minggu sekali dan tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan sepanjang tempoh prosiding.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam S. Dharmanathan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

14 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago