Connect with us

Mahkamah

Azzez Rahim Belum Dibebas Daripada Pertuduhan – SPRM

Published

on

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim belum dibebaskan daripada pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram, dan perbicaraan kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata laporan media yang memetik hujahan peguam bela Amer Hamzah Arshad, seolah-olah menggambarkan Abdul Azeez  telah bebas daripada kesemua tuduhan berkenaan, sedangkan mahkamah belum membuat keputusan berhubung kes itu.

“Amer Hamzah yang berhujah di Mahkamah Rayuan semalam bahawa analisis laporan kewangan oleh SPRM sebelum ini membebaskan anak guamnya daripada dakwaan rasuah, SPRM ingin menegaskan bahawa kenyataan itu hanya hujahan dan belum diputuskan oleh mahkamah,” kata SPRM dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu yang masih dalam perbicaraan, sebelum mahkamah mendengar hujah balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Abdul Azeez pada 6 Okt depan.

Abdul Azeez sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 13 tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram, dan permohonannya untuk membatalkan tuduhan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas ditolak mahkamah.

Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan itu kemudiannya didengar di Mahkamah Rayuan semalam.

Abdul Azeez, 55, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta yang mempunyai kaitan dengan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas.

Sumber: BERNAMA

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending