Connect with us

Global

Bekas Pemain Bola Meninggal Dunia Setelah 39 Tahun Tidak Bangun Daripada ‘Tidur’

Jean-Pierre Adams, bekas pemain bola sepak Perancis meninggal dunia semalam selepas koma selama 39 tahun berikutan pembedahan di lututnya pada tahun 1982.

Dilaporkan, Adams tidak pernah sedar dari tidurnya selepas dibius untuk pembedahan lutut di sebuah hospital di Perancis.
Memetik laporan AFP, Adams diserahkan dalam pengawasan seorang pelatih memandangkan doktor anaestetik Adams ketika itu perlu menangani lapan pesakit lain.

Kedua-dua mereka didapati bersalah oleh mahkamah pada tahun 1990-an dan dikenakan denda 750 euro (sekitar RM 3,700) beserta sebulan tempoh percubaan.

Pada usia 73 tahun, bekas pemain pertahanan itu meninggal dunia di Nimes dan meninggalkan seorang balu bersama dua orang anak.

Di era kegemilangannya, Adams pernah bermain untuk pasukan Nice dan Paris Saint-Germain serta muncul dalam 22 perlawanan antarabangsa.

Advertisement

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel