Connect with us

Global

Demi Swafoto, Wanita Maut Di Gilis Kereta Api

Seorang wanita berdepan detik ngeri apabila digilis dengan kereta api demi keinginan berswafoto di landasan kereta api. Kejadian tersebut berlaku di Bandung, Indonesia pada hari Ahad lalu.

Melalui video yang dimuat naik oleh Info Barat Jawa di instagram menunjukkan sekumpulan wanita yang ingin bergambar dengan cepat di atas landasan kereta api tersebut tanpa menyedari bahawa sebuah kereta api sedang bergerak laju ke arah mereka meskipun orang disekitar kawasan tersebut telah memberi amaran.

Malang sekali, salah seorang daripada mereka terjatuh dan tidak dapat menyelamatkan dirinya. Kereta api terbabit tidak dapat berhenti secara mengejut lalu merempuh wanita tersebut.

Warga setempat yang melihat kejadian berkenaan bergegas mengeluarkannya dan membawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya tetapi tidak dapat diselamatkan akibat cedera parah.

Advertisement

Setelah kejadian berkenaan berlaku, gambar mangsa bersama rakan-rakannya tular di media sosial dan rupanya mereka adalah sekumpulan wanita yang baru habis melakukan senaman.

Difahamkan, jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tempat Permakaman Umum (TPU) Gumuruh, Indonesia.

Dalam pada itu, Pengurus Perhubungan Awam stesen terbabit meluahkan rasa kesal kerana masih ada individu degil yang menceroboh landasan untuk mengambil gambar walaupun pihaknya telah mengeluarkan amaran.

“Aktiviti di  landasan kereta api sangat berbahaya, bukan hanya untuk keselamatan perjalanan kereta api tetapi bahaya untuk masyarakat yang membuat aktiviti di lokasi terlarang tersebut.”

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel