Ella Respon Gosip Bercinta Pada Zaman 1990-An Dengan Rashid Sidek

Perkara yang tidak dapat dinafikan, setiap individu semestinya mempunyai jalan cerita dan kisah tersendiri. Akan tetapi, tidak semua perkara boleh diceritakan kepada umum dan kadang ia kekal menjadi sebuah ‘rahsia’.

Namun ia berbeza dengan kehidupan selebriti apabila segala gerak-geri mereka diperhati oleh orang ramai.

Baru-baru ini seorang penyanyi rock Malaysia iaitu Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial selepas tersebarnya satu gambar dimana terdapat dirinya sedang berbual dengan bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek. Gambar yang diambil dari sebuah surat khabar itu dipercayai telah diterbitkan sekitar tahun 1990-an yang lalu.

Melalui tweet yang dimuat naik oleh seorang individu, dia mengakui bahawa dia sangat suka melihat Ella dan Rashid Sidek ‘berdating’ dulu. Perkara ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen adakah benar Ella pernah menjalinkan hubungan cinta bersama bekas jaguh badminton negara tersebut.

Advertisement

“Masa saya kecil dulu, saya suka tengok bila Ella dating Rashid Sidek. Cari balik gosip lama tahun 1990-an dah tak jumpa.”

Ella menjawab pertanyaan berkenaan dengan memaklumkan bahawa dia dan Rashid Sidek hanyalah kawan. Jawapan Ella secara tidak langsung menepis segala dakwaan netizen mengenai gosip yang pernah melanda dirinya pada suatu ketika dulu.

“Ala cerita lama dan lagipun hanya kawan. Saya ialah peminat anak-anak Sidek.”

Tidak terhenti di situ, ada seorang individu kemudian mengatakan pernah memasang niat mahu melihat Ella dan Rashid Sidek mendirikan rumah tangga dan sekaligus menjadikan ‘Wedding od The Year’. Ella dengan spontan dan berseloroh menjawab pada ketika itu dia sedang menunggu suaminya, Azhar Ghazali yang masih di bangku sekolah.

“Tak, sebab I tengah tunggu husband. Waktu tu dia masih sekolah.”

Advertisement

 

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago