Connect with us

Global

Misteri Rangka Manusia Ditemui Pada Lif Hospital Dilapor Rosak Sejak 1997

Satu rangka lelaki ditemui di dalam sebuah lif yang sudah lama tidak digunakan di sebuah hospital di Uttar Pradesh, lapor India Today.

Menurut portal itu, lif berkenaan telah dibuka semula selepas 24 tahun untuk menjalani penyelenggaraan.

Lantaran penemuan berkenaan, pihak polis dan jabatan forensik telah mengambil sampel rangka tersebut untuk menjalani ujian DNA.

Memetik kenyataan pihak polis tempatan, pembinaan hospital 500 katil itu dipercayai bermula sejak 1991. Lif terbabit dipercayai berfungsi seperti biasa sehingga ia rosak pada 1997.

Advertisement

Tambah portal itu, pihak polis kini sedang memeriksa laporan orang hilang sejak 24 tahun lalu bagi mengenalpasti identiti individu terbabit.

Setakat ini, identiti lelaki berkenaan masih belum dapat dikenalpasti. Malah, bagaimana dia meninggal dunia dan sebab jasadnya berada dalam lif tersebut selama bertahun-tahun masih menjadi misteri, tulis India Today.

Sumber: India Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel