Connect with us

Hiburan

Riena Diana Menzahirkan Rasa Syukur Dapat Hadiahkan Kereta Pada Diri Sendiri

Seorang pelakon dan juga penyampai radio HotFm, Riena Diana meluahkan rasa bersyukur berikutan berjaya membeli sebuah kereta sempena hari jadinya yang ke-24 melalui Instagram miliknya.

Difahamkan, pelakon Kampung People yang memegang watak Laila ini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada Jumaat yang lalu.

Menerusi foto yang dikongsi, Riena bergambar di hadapan kereta miliknya, Mazda CX-5 yang dianggarkan bernilai sekitar RM132,000.

Dia turut memanjatkan rasa syukur kerana berjaya membeli sebuah kereta pada usia 24 tahun dan merealisasikan impiannya.

Advertisement

“Belanja sikit hadiah birthday i haritu! Alhamdulillah ketika berusia 24, Saya dapat realisasikan impian dalam hidup saya. Lain orang, lain perjalanan kan?”

“Bukan la mewah mana tapi saya sangat gembira. Lebih banyak mendatang, Insyaallah! Next apa pulak?”

Memetik Kosmo! Pemilik nama lengkap, Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, itu berkata, dia bersyukur impian­nya memiliki kereta sendiri menjadi kenyataan selepas beberapa kali permohonan pinjaman ditolak pihak bank.

“Sudah lama saya nak beli kereta, sejak mula-mula menjadi pelakon lima tahun lalu. Tetapi, pada waktu itu belum ada rezeki. Buat permohonan pinjaman bank untuk membeli kereta termasuk Perodua Myvi tetapi tak lepas (gagal).

“Alhamdulillah, pada tahun ini wa­lau­pun dihimpit pandemik Co­vid-19, saya dapat membeli kereta sendiri. Kereta ini dibeli selepas dicadangkan sahabat saya, Uyaina Arshad.

Advertisement

“Dia yang meyakinkan saya untuk membeli kerana memiliki kenderaan model yang sama,” katanya.

Ujar pelakon yang terkenal dengan watak Lailer dalam Kampung People itu, dia tidak pernah berasa malu memandu Perodua Myvi tanpa pendingin hawa sebelum ini.

Kini, Riena menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio HotFm menerusi segmen Sembang Squad yang ke udara pada pukul 3 petang hingga 7 malam.

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel