Connect with us

Global

(Video) Wanita Curi Perhatian Ketika Naik Pesawat

Seorang wanita mencuri perhatian dalam media sosial kerana hanya mengenakan bikini ketika menaiki pesawat di Amerika Syarikat.

Kejadian itu dimuat naik dalam Instagram sehingga meraih ribuan tontonan warga maya.

Wanita itu memakai bikini berwarna hijau dan pelitup muka, dilihat berjalan dengan penuh yakin di lapangan terbang.

Dia malah menghiraukan orang ramai yang terkebil-kebil melihat dirinya di kawasan sesak itu sambil memegang telefon bimbit.

Advertisement

“Ketika anda mengadakan pesta kolam renang pada waktu tengah hari dan anda mempunyai penerbangan Spirit Airlines pada pukul 4 petang,” tulis akaun itu.

The Independent Monday melaporkan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS memutuskan semua penumpang berusia dua tahun ke atas perlu memakai pelitup muka.

Sehingga kini, belum dapat disahkan sama ada wanita itu menaiki pesawat Spirit Airlines atau pesawat lain.

Syarikat penerbangan itu menafikan wanita itu adalah penumpang mereka dan menjelaskan setiap pelanggan mesti memakai pakaian yang sopan.

“Penumpang tidak dibenarkan menaiki penerbangan atau diminta keluar dari pesawat jika berpakaian tidak senonoh, menjolok mata atau terlalu terdedah,” jelasnya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel