Ceroboh Masuk Negara Guna Jalan Tidak Sah, 28 PATI Warga Indonesia Ditahan

Satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan 28 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia bagi Op Benteng, 6 Septermber lalu telah dikeluarkan oleh Markas Divisyen ketiga Infantri Malaysia (3 Div).

Anggota Petugas Pos Pemerta telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di kawasan Bio-Desaru, Bandar Penawar, Johor pada jam 1.30 pagi.

Hasil maklumat tersebut, Tim Quick Reaction Force (ORF) dihantar ke kawasan berkenaan. 26 PATI dikesan sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau-Sedili Kecil (Bio-Desaru) dan berjaya ditahan sekitar jam 2.30 pagi. Dua lagi PATI ditahan pada jam 5.30 pagi di lokasi berhampiran.

Didapat seramai 28 PATI berjaya ditahan terdiri daripada 25 lelaki dan 3 orang perempuan warganegara Indoneisa berusia 17 hingga 51 tahun. Mereka dpercayai baru saja tiba di negara ini dengan melalui jalan yang tidak sah.

Advertisement

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 17, 575.80 melibatkan matawang ringgit Malaysia RM 1,004, matawang Indonesia IDR 27.052 juta (RM 7,870.80) dan 23 buah telefon bimbit.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago