Connect with us

Terkini

Jasad Ayah Dalam Ambulans Cuma Lalu Depan Rumah, Anak Hanya Mampu Meraung Sebalik Pagar

Kehilangan orang tersayang adalah suatu pengalaman sememangnya tidak ingin dilalui oleh sesiapa pun.

Namun, berita tersebut semakin banyak didengar berikutan jumlah positif Covid-19 yang tinggi setiap hari. Biarpun sudah berjaga-jaga tetapi wabak ini boleh datang menular dalam pelbagai punca tidak dapat dikenal pasti.

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan van membawa individu yang sudah pergi akibat Covid-19 melalui hadapan rumah keluarganya untuk beri penghormatan kali terakhir.

‘Frontliner’ di dalam kenderaan tersebut sempat memberi arahan untuk penduduk di taman perumahan menjaga jarak daripada laluan jalan raya berkenaan.

Advertisement

Paling menyayat hati, kedengaran tangisan anak-anak meratapi pemergian ayah mereka.

Salah seorangnya tidak dapat menahan sedih lalu meraung memanggil ketua keluarga yang sudah dijemput Ilahi.

Malah, individu sedang merakam video tersebut di luar rumah juga sebak melihat reaksi berkenaan.

@lizanaim93Ya allah 😭 , dugaan buat orang taman 😭sbb covid ..meninggal 4anak masih kecil😭♬ bunyi asal – liza naim

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih melihat tangisan anak perempuan yang baru kehilangan ayahnya itu.

Advertisement

Tidak terkecuali juga ramai memberi ucapan takziah dan berharap mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Tiktok liza naim

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel