Connect with us

Hiburan

Mengidam Kereta RM3 Juta, Gadis Beri Alasan Baby Sulung Dalam Kandungan ‘Ingin’ Kereta Lamborghini

Fasa mengidam saat menjalani proses kehamilan semestinya akan dilalui oleh para wanita. Selain daripad amakanan, terdapat segelintir individu yang memilih barang-barangan sehingga si suami perlu berusaha memenuhi permintaan mereka.

Hal ini terjadi seperti yang dilalui oleh seorang usahawan produk, Anes Ayuni apabila dia meminta suaminya Ahmad Weldan untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Lamborghini yang bernilai RM3 juta.

Walaubagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu memberikan alasan yang licik dengan mengatakan bahawa bayi sulung mereka yang berada di dalam kandungannya yang ‘ingin’ memiliki kereta tersebut.

@ayunieso24Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli 😭😭 yuni mengidam sangat 😭😭😭 #fyp♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, dia yang lebih mesra dipanggil Yunie dilihat berada di pusat jualan kereta bersama suaminya bagi meninjau koleksi kenderaan yang menjadi idaman hati.

Advertisement

“Dah lama Yunie mengidam nak beli Lamborghini. Tapi bila sampai sana, suami tak setuju nak beli. Puas Yunie pujuk dan rayu sebab bukan Yunie yang nak, tapi baby yang nak,” tulisnya dalam video berkenaan.

Rakaman video berdurasi seminit 21 saat tersebut memaparkan gadis berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu teruja melihat salah satu model Lamborghini berwarna kuning selain cuba sedaya upaya memujuk suaminya yang berusia 19 tahun itu.

“Nak please, tengok ni. Boleh la, RM3 juta je. B (panggilan suami), baby yang nak. Sampai hati, lambat lagi tahun depan. Bukan mahal pun,”kata Yunie yang mula merajuk.

Gelagat mereka meraih hampir 833,000 tontonan selain lebih 3,500 pelbagai reaksi netizen dengan menyifatkan permintaan Yunie itu seperti bernilai RM3.

Malah, terdapat juga segelintir netizen menegur tindakan itu adalah satu pembaziran selain menasihati agar jangan terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan di media sosial.

Advertisement

Terdahulu pada Februari lalu, pasangan remaja terbabit pernah tular apabila membeli kereta mustang secara tunai pada hari perkahwinan sebagai hadiah di hari bahagia mereka.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel