Connect with us

Viral

Pemilik Lupa Beri Anjing Makan, Abang GrabFood Baik Hati Tolong ‘Kipas’ Makanan Dulu Bagi Sejuk

Satu video yang menunjukkan kemuliaan hati seorang rider GrabFood ‘menyediakan’ makanan kepada anjing pelanggannya.

@amypetsstoreAMANAH dalam menjalankan tugasan yg diberi.. 🤗 #abggrabfood #kucing #viral #fypシ #tiktokmalaysia #kucing #dog♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Difahamkan, tuan anjing tersebut terlupa untuk memberi makan kepada anjingnya lalu dia pun membuat pesanan melalui khidmat rider GrabFood.

Rider tersebut diminta agar memberikan makanan itu kepada si anjing yang sudah kelaparan. Namun apa yang menyentuh hati apabila rider berhati mulia ini ‘menyiapkan’ hidangan dengan penuh prihatin.

Advertisement

Makanan tersebut masih panas, jadi rider ini kipaskan dulu supaya ia sedikit sejuk agar boleh dimakan dengan selesa. Tidak kurang juga, dia turut menuangkan sedikit air ke dalam bekas untuk anjing tersebut.

Rata-rata netizen turut tersentuh hati melihat tindakan rider tersebut dan memuji tentang kemuliaan hatinya.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia turut menerima klip video ini dan mereka berpendapat, rider ini sepatutnya wajar mendapat penghargaan oleh si pemilik anjing.

“Sikap prihatin rider Grab terhadap anjing dalam video ini wajar dicontohi. Pupuk semangat kemanusiaan dengan menyantuni haiwan yang memerlukan bantuan.

“Akhlak kebersihan dan keberanian ditunjukkan rider Grab ini merupakan satu akhlak dan budi pekerti yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Advertisement

“Bukan semua rider Grab memusuhi dan membenci anjing. Bukan semua anjing ganas dan mengancam nyawa manusia. Semua terpulang bagaimana manusia membibitkan sifat kemanusiaan.

“Terima kasih diucapkan kepada rider Grab dalam video ini,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook semalam.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel