Connect with us

Terkini

Seekor Ikan Lumba-Lumba Didapati Terdampar Di Persisiran Pantai Kuala Perlis

Seekor lagi ikan lumba-lumba hidung botol terdampar di pantai Padang Keria dekat Kampung Sungai Padang, Kangar, menjadikan empat ekor kesemuanya.

Ikan lumba tersebut ditemui oleh seorang nelayan kira-kira jam 9 pagi semalam kemudian nelayan tersebut memberitahu wakil kumpulan Marine Mammal Conservation (Marecat) yang berpangkalan di Jepun.

Marecat kemudian memberitahu anggota dan rakan sekutunya di Malaysia, yang kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Mereka berjaya mengembalikan ikan itu ke laut dalam kira-kira 1.15 tengah hari, menurut pengumuman kumpulan alam sekitar Perlis Nature and Wildlife di media sosial.

Advertisement

Katanya, apabila tiba di lokasi, pihaknya mendapati ikan yang dianggarkan berusia lima tahun itu tersangkut pada kayu hanyut yang dipercayai menyebabkan haiwan tersebut gagal berenang kembali ke laut.

“Jadi, jurang waktu itu agak lama sebelum bantuan tiba. Bagaimanapun, kami sudah cuba membantu ikan ini dengan memangkunya supaya pasir tidak masuk ke hidungnya selain membersihkan selut di badan serta memayungnya daripada terkena panas terik.

“Kira-kira pukul 11.28 pagi kami bersama nelayan mula mengiringi ikan ini ke laut pada jarak kira-kira 50 meter setelah air mula pasang.

“Biasanya ikan yang terdampar dalam keadaan lemah dan masih berlegar-legar di pesisir pantai, jadi kami akan memantau sebentar sehingga dia sudah boleh mula berenang ke tengah laut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya lagi, peralihan musim barat daya ke timur laut menyebabkan banyak ikan bermain di pesisir pantai menyebabkan ikan lumba-lumba ini juga memburu makanan berhampiran kawasan pesisir pantai.

Advertisement

Difahamkan, sejak awal bulan sehingga kini sudah ada empat kes ikan terdampar, tiga berjaya diselamatkan manakala satu ditemukan mati.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel