Sultan Muhammad V Seru Rakyat Kelantan Segera Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah mendesak rakyat negeri ini yang belum divaksin supaya mendaftar atau mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) dengan segera bagi mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok di Kelantan menjelang 30 Sept.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata baginda berasa amat dukacita melihat Kelantan antara negeri yang mempunyai peratusan penerima vaksin terendah, iaitu 50 peratus.

“Baginda mengalu-alukan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai peruntukan 1.2 juta dos tambahan untuk Kelantan bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin.

“Baginda benar-benar berharap agar rakyat Kelantan segera mendapatkan vaksin supaya dapat melindungi diri sendiri dan ahli keluarga mereka,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Menurutnya Sultan Muhammad V bertitah bahawa pengambilan suntikan vaksin adalah tanggungjawab individu terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat, malah baginda turut merujuk resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke-10 yang bersetuju hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib kepada golongan ditetapkan kerajaan.

“Dengan kes positif di Kelantan pada paras empat angka, Sultan Muhammad V turut bertitah menyarankan supaya semua pihak menggembleng tenaga memperluaskan program capaian (outreach) di seluruh pelosok negeri ini terutama di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman supaya masyarakat yakin akan keberkesanan serta tidak bersangka buruk terhadap vaksin.

“Baginda amat berharap rakyat Kelantan segera mendapatkan vaksin supaya negeri ini tidak tercicir dalam mencapai imuniti kelompok dan seluruh rakyat boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik, hospital tidak lagi terbeban dan rawatan pesakit-pesakit lain tidak terjejas,” kata Nik Mohd Shafriman.

Menurutnya dalam titah Sultan Muhammad V, baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan program vaksinasi di negara ini termasuk sukarelawan serta menghargai jasa setiap petugas kesihatan yang memikul amanah berat dalam merawat dan menyelamatkan pesakit COVID-19 sejak tahun lepas.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

10 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

14 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

19 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago