Connect with us

Terkini

“Jadikan Ahli Keluarga Sebagai Satu Keutamaan”- Pesanan Terakhir Arwah Sufian

Sebelum ini tular video tentang seorang lelaki yang telah ditemui meninggal dunia di rumah sewanya. Lelaki terbabit berusia 28 tahun dan merupakan seorang jurutera kimia. Difahamkan, dia telah menyebabkan pintu kaca di sebuah masjid di Taman Scientex, Pasir Gudang selepas waktu Isyak sehari sebelum dia meninggal dunia.

Hasil siasatan awal pihak polis didapati lelaki tersebut berasa marah selepas pintu masjid ditutup. Kenyataan yang didapati pihak polis daripada ahli keluarga mendapati arwah berada dalam keadaan tertekan selepas lebih enam bulan tidak pulang bertemu keluarga di Terengganu.

Perkara ini turut dikongsikan oleh kakak kepada lelaki terbabit yang menganggap adiknya itu seorang anak yang sangat baik. Adiknya juga sangat memikirkan ummah dan banyak berbakti.

Advertisement

Arwah selalu berpesan “jadikan ahli keluarga sebagai satu keutamaan”.

Kakak kepada arwah, Siti Ayu Megawati turut berkongsi pesanan di atas yang kerap kali diulang oleh arwah adiknya. Bagi mereka sekeluarga, sangat beruntung dan bersyukur ada seorang anak dan adik yang amat mementingkan keluarga.

Arwah turut kerap kali meluahkan hasrat untuk pulang ke kampung, kerja di sana dan menjaga ayah yang menghidap penyakit lelah kronik.

“Saya dan arwah tinggal berdekatan antara satu sama lain di Johor Bharu. Pada Sabtu lalu, arwah beberapa kali mendesak serta mengajak saya untuk pulang ke kampung bersamanya, tetapi saya meminta beliau bersabar hingga Ahad bagi menguruskan dokumen rentas negeri.”

“Namun, perancangan itu tidak tercapai apabila saya menerima panggilan pada 4 pagi dan dimaklumkan kejadian menimpanya”

Advertisement

Dalam perkongsian lain, Geng Bakal Jenazah memaklumkan jenazah telah diuruskan dengan baik di Hospital Sultan Ismail dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Berang, Terengganu.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Dalam pada itu, diharapkan jangan ada sebarang spekulasi atau menyalahkan sesiapa dalam kejadian yang menimpa arwah.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel