P Pinang Edar 40,000 Kit Ujian Kendiri Percuma

Kerajaan Pulau Pinang akan mengedarkan secara berfasa sebanyak 40,000 unit kit ujian kendiri COVID-19 percuma kepada penduduk di negeri itu, bermula minggu depan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata selain diedarkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen dan senator, ia turut akan diedarkan ke pejabat daerah serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi kegunaan rakyat Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau berkata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah bersetuju mengadakan lawatan khas ke Pulau Pinang, Sabtu ini, setelah beliau mengutus surat rasmi kepada Khairy semalam berhubung keperluan kelengkapan perubatan dan kepakaran dari Kementerian Kesihatan (KKM) untuk Pulau Pinang.

“Lawatan akan memfokuskan kepada keperluan kelengkapan perubatan hospital serta pusat perubatan di negeri ini dalam menghadapi peningkatan kes harian kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya selain sesi taklimat khas membabitkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Pulau Pinang itu, lawatan akan turut diadakan ke Hospital Pulau Pinang bagi meninjau situasi semasa.

Sementara itu, katanya seramai 2,481 individu telah hadir pada sesi walk-in atau jumpa terus bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan 10 pusat pemberian vaksin(PPV) semalam.

“Mereka yang layak adalah amat dialu-alukan untuk hadir pada sesi walk-in itu bagi membolehkan seluruh populasi dewasa di negeri ini menerima suntikan vaksin dan seterusnya mencapai imuniti kelompok secara keseluruhan bagi Pulau Pinang,” katanya.

Terdapat 10 PPV di negeri ini yang menawarkan pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus termasuk PPV SPICE CC, PPV Tapak Pesta Sungai Nibong, PPV Kompleks Sukan Balik Pulau, PPV Pusat Konvensyen Perda, PPV Dewan Millenium, PPV SP Arena, PPV Tapak Ekspo Seberang Jaya, PPV Vangohh Eminent, PPV Dewan Sungai Bakap dan PPV Dewan Serbaguna Jawi.

Chow sebelum ini dilaporkan mengumumkan beberapa syarat ditetapkan bagi mereka yang mahu mendapat vaksin antaranya menunjukkan MyKad bagi tujuan pengesahan warganegara, individu yang belum berdaftar atau belum menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

Advertisement

– Bernama

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

11 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

12 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago