Connect with us

Jenayah

Pukul Pengawal Keselamatan, Ahli Perniagaan Berdepan Tuduhan Membunuh

Published

on

Ahli perniagaan, Ahmad Noor Azhar Muhammad yang menyerang seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium sebelum ini dihadapkan ke mahkamah sekali lagi hari ini atas tuduhan membunuh.

Lelaki berusia 33 tahun itu dihadapkan di Mahkamah Majistret di Ipoh, Perak mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ini selepas pihak polis mengklasifikasikan semula serangan ke atas Thava Sagayam, ketika sedang bertugas di kolam renang sebuah kondominium di Ipoh Disember tahun lepas sebagai kes bunuh. Ia susulan mangsa yang meninggal dunia pada 27 Ogos lalu.

Jika didapati bersalah, Ahmad Noor Azhar akan ke tali gantung kerana dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh seorang pengawal keselamatan, Thava Sagayam Santhanasamy, 64.

Mengikut pertuduhan pindaan, Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh Thava di Tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff, antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020.

Tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein manakala M Kulasegaran menjadi peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.

Mahkamah menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes manakala tertuduh tidak diberikan jaminan.

Bagi pertuduhan awal mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan, mahkamah melepaskan tanpa membebaskan tertuduh.

Baca: Polis Klarifikasi Kematian Pengawal Keselamatan Sebagai Kes Bunuh

Baca: Bersatu Kota Bharu Serah Kes Bunuh Pengawal Keselamatan Kepada Polis

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Kumpulfund - Kita Bantu Kita KumpulFund membantu anda untuk mengumpulkan dana secara telus dan mudah untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan, pelajar, gelandangan, haiwan, dan sebagainya. Mulakan kempen anda sekarang! Qries
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending