Connect with us

Global

Sakit Hati Ditinggalkan Kekasih, Lelaki Cabul Kanak-Kanak Dan Ayam

Di Singasari, Singaparna, Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia mendapati seorang lelaki nekad mencabuli empat kanak-kanak berusia 5 tahun. Didakwa lelaki tersebut tertekan kerana belum menemui pasangan hidup.

Bukan itu saja, dia juga dilaporkan telah mencabuli seekor ayam milik jirannya.

AKP Hario Prasetyo Seno, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tasikmalaya berkata tindakan suspek ini agak aneh

Selain daripada melampiaskan nafsunya kepada kanak-kanak, ia juga turut menggunakan haiwan peliharaan untuk memenuhi tuntutan nafsunya itu.

Advertisement

“Kami telah menahan suspek yang melakukan perbuatan cabul kanak-kanak itu.”

“Kerana kanak-kanak tersebut tidak keluar dari rumah, dia telah melakukannya kepada seekor ayam,” katanya.

Bagi menarik perhatian mangsa, suspek dilaporkan telah menjerat mangsa yang masih kecil dengan menggunakan wang sebanyak 2 ribu rupiah.

Suspek kemudiannya dilaporkan menyentuh bahagian tubuh mangsa yang sensitif. Suspek juga didakwa meminta mangsa menyentuh kemaluannya.

Sehingga kini, pihak polis masih lagi menyiasat keadaan psikologi suspek, yang berkaitan dengan gangguan seksual itu.

Advertisement

Pihak polis dilaporkan akan segera membawa ahli psikologi untuk memeriksa mental suspek dalam masa terdekat.

“Akibat perbuatannya itu, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara 15 tahun,” kata Hario.

Di hadapan pegawai penyiasat polis, suspek mengakui bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah disebabkan oleh faktor trauma sering ditinggalkan kekasih sehingga membujang sehingga kini.

“Saya sakit hati kerana kekasih saya meninggalkan saya, kerana kanak-kanak tidak keluar, akhirnya saya melakukannya terhadap ayam,” ujar suspek.

Pihak polis dilaporkan masih lagi giat menyiasat kes tersebut serta mendalami lebih terperinci berkenaan faktor utama suspek melakukan perbuatan tersebut.

Advertisement

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel