Connect with us

Jenayah

Sebak! Anak Pertahankan Bapa Walaupun Sudah Di Tampar Sampai Tersungkur

Melalui satu perkongsian video yang tular di Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai @admqrie telah memuat naik kembali satu video yang diperoleh daripada salah satu akaun tiktok milik seorang lelaki yang memberi amaran kepada seorang bapa yang memukul anaknya sendiri.

Walaupun begitu, tindakan spontan kanak-kanak tersebut yang tetap mempertahankan bapanya dari dikasari oleh lelaki yang merakam video tersebut membuatkan netizen berasa sebak dalam geram.

Kanak-kanak yang telah dipukul oleh bapanya sendiri itu menghalang tubuh lelaki berkenaan dari terus dikasari lelaki yang merakam video tersebut.

Susulan daripada tularnya video tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan mengecam tindakan bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang jelas melakukan penderaan kepada anaknya.

Mereka juga berasa sedih apabila melihat kegigihan kanak-kanak perempuan itu mempertahankan bapanya yang sudah terjatuh akibat dikasari individu yang geram dengan tindakan biadapnya.

Advertisement

Menerusi ruangan komen pengguna Twitter itu, salah seorang netizen telah memuat naik tangkapan layar posting dari Facebook  mengenai anak beranak tersebut.

Ada yang mendakwa bahawa bapanya merupakan seorang penagih dadah dan mereka hidup dijalanan sekitar Chow Kit. Walau bagaimanapun, kesahihan lokasi tersebut tidak dapat dipastikan kerana belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel