Connect with us

Global

(Video) Suami Kantoi Tidur Dengan Janda Penggoda , Isteri Sound – “Saya Masih Yang Sah”

Rumah tangga mana yang tidak pernah menerima ujian meskipun sudah bertahun-tahun dibina atas dasar cinta. Namun semua itu sebenarnya boleh ditangani dengan baik jika masing-masing bertolak ansur dan menjalankan tanggungjawab. Akan tetapi, jarang-jarang kita saksikan isu perselingkuhan berakhir dengan cara baik.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, hati seorang wanita bernama Mulyha musnah apabila menerjah sendiri suaminya yang sedang berdua-duaan bersama perempuan lain. Dia yang datang bersama beberapa lagi individu mendapati pasangan berkenaan sedang tidur di dalam bilik sama.

Sementara si suami dibawa keluar dari rumah tersebut, Mulyha terus saja berhadapan dengan wanita berkenaan yang merupakan seorang janda. Selain pasangan itu, terdapat beberapa individu lain dalam ruangan bilik kecil tersebut. Malah turut kedengaran suara si isteri yang menegaskan mereka berdua belum berpisah.

“Isteri dijadikan janda, janda dijadikan isteri”

Advertisement
@sariimulyhaa_ISTRI DI JADIKAN JANDA,JANDA DI JADIKAN ISTRI #fyp #viral #wanitapenggoda♬ Haruskah Aku Mati – Nazia Marwiana


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Mulyha. Selain marah dengan tindakan lelaki berkenaan, ramai yang mendoakan wanita tersebut diberikan ketabahan untuk meneruskan hidupnya. Secara keseluruhannya, rakaman tersebut telah meraih lebih 140 ribu jumlah tontonan.

 

Sumber: TikTok Mulyha

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel