Connect with us

Jenayah

“Disorok Dalam Peti Sejuk, Pengasuh Buat-Buat Cari Anak Asuhan Lain Untuk Diasuh”

Kes kematian adik Adam Rayqal, mayatnya ditemui dalam peti sejuk. Apakah rentetan cerita dan kronologi kejadian pada 3 Julai 2018.

Okt mengaku bersalah dan dajatuh hukuman di bawah Seksyen 30 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan
Nor Aqilah merupakan pengasuh kepada adik Adam Rayqal telahpun dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 30 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendatangkan kecederaan pada adik Adam Rayqal. Dia juga telah dituduh dan disabitkan hukuman di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Kes Nor Aqilah yang dilaporkan dalam kes pendakwa raya lawan Nor Aqilah Abdul Rahman 2019 1 LNS 2118. Dalam kes ini pihak pendakwa raya tidak berpuas hati dengan hukuman penjara yang diberi oleh mahkamah seksyen iaitu selama 3 tahun 6 bulan bagi kesalahan seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga 18 bulan bagi seksyen 201 kanun keseksaan kerana melupuskan dan menyembunyikan ma.yat.

Kronologi

Pada hari kejadian pada 3 Julai 2018, pada jam 12 tengahari adik Adam Rayqal telah dihantar ke rumah pengasuhnya itu Nor Aqilah yang dikenali dalam salah satu group facebook, ibunya telah menghantarkan Adam Rayqal pada jam 12.00 tengahari dalam keadaan sihat dan baik. Kemudian ibunya beredar untuk ke tempat bekerja, pada jam 6.55 petang dia telah menerima panggilan telefon daripada Nor Aqilah tetapi panggilan itu tidak dijawab kerana dia sedang bekerja.

7.15 petang

Advertisement

Kemudian ibunya dapat satu whatsapp daripada Nur Aqilah mengatakan adik Adam Rayqal telah diambil oleh suaminya, kemudian ibunya terus menghubungi suami pengasuh dan bertanyakan tentang hal ini. Tetapi lelaki itu menafikan yang dia tidak mengambil anaknya.

Si ibu telah ke Balai Polis pada pukul 7.40 minit malam, membuat laporan menyatakan adik Adam Rayqal telah diambil oleh seorang lelaki berbaju kemeja putih. Seterusnya pihak polis telah membuat penyiasatan dan telah menahan Nor Aqilah (suspek) dan juga rakan serumahnya.

Okt ditahan bersama rakan serumah

Hasil daripada siasatan pada pukul 10.58 malam, Nor Aqilah menyatakan pada pihak polis dia boleh menunjukkan di mana ma.yat adik Adam Rayqal berada, kemudian pada jam 11.30 malam Nor Aqilah telah membawa pihak polis untuk menunjukkan rumahnya di Jalan Nakhoda Kiri.

Seterusnya Nor Aqilah masuk ke dalam rumah dan menunjukkan arah satu peti ais jenama Samsung berpintu dua, dan dibuka di bahagian sejuk beku kelihatan satu beg kain Pandan City Go Green.

Tempat okt menunjukkan ma.yat adik Adam Rayqal yang diletakkan dalm peti ais

Kemudian apabila dibuka beg tersebut didapati terdapat satu ma.yat berusia 5 bulan berpakaian lengkap, dan ma.yat itu adalah adik Adam Rayqal.

Pada 4 Julai 2018 jam 2.35 minit pagi ma.yat adik Adam Rayqal telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat dan telah disahkan kema.tian adik Adam Rayqal adalah akibat oleh kecederaan di kepala.

Kes ini telah dibawakan ke mahkamah dan OKT Nur Aqilah telah mengaku bersalah dan dihukum di bawah seksyen 30 (1)  Akta Kanak-Kanak 2001 sehingga pemenjaraan selama 3 tahun 6 bulan dan denda sebanyak RM5,000 bagi kecederaan terhadapa kepala adik Adam manakala bagi seksyen 201 kanun keseksaan kerana melupuskan ma.yat tersebut  dengan cara menyembunyikan kema.tian adik Adam Rayqal dan telah didenda sebanyak RM5,000 dan penjara 18 bulan.

Advertisement

Ibu dan bapa kepada bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, yang ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah kes ini telah dibawa pendakwa raya bagi hukuman yang lebih berat akhirnya diputuskan di mahkamah Nur Aqilah dikenakan hukuman penjara selama 6 tahun bagi kesalahan Akta Kanak-Kanak.

Sumber dari group whatsapp pengasuh kawasan gombak, Nur Aqilah sebelum ditahan sempat lagi merwar-warkan mahu cari anak asuhan lain untuk diasuh sebelum terbongkar rahsianya itu.

Semasa ditunjuk lokasi adik Adam Rayqal, si ibu tak dapat menahan kesedihan!

Advertisement

Alfatihah buat Adam Rayqal. Semoga ibu dan ayah Adam Rayqal redha dan bersabar dengan ketentuan ini, syurga pasti buat adik Adam Rayqal tanpa azab kubur.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel