Connect with us

Hiburan

Iqbal Risau Cik B Berubah Sikap Dan Kurang Bercakap

Dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada Disember ini, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal meminta agar jutawan kosmetik itu supaya berterus terang dengan anak-anak mengenai perkara tersebut.

Pemuda yang berusia 27 tahun itu berkata, dia bimbang emosi kedua-dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak terganggu jika Vida merahsiakan perkara tersebut.

“DSV kena terus terang tentang hubungan kita ini, dari awal saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main perasan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu.”

“Sejak dulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami. Sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu.”

Advertisement

“Saya kasihankan Cik B. Saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah masakecil berbeza dengan remaja lain sebab itu saya kena fikir perasaan dia juga,” katanya.

Iqbak menyatakan dia mempunyai hubungan yang baik dengan kedua anak Vida dan juga sering bertanyakan khabar. Namun sejak kebelakangan ini Cik B berunah sikap dan kurang bercakap sejak gosip tentang ibunya tular.

“Saya dengan Cik B memang baik, tiada sebarang masalah sejak dulu lagi cuma sejak kebelakangan ini dia banyak mendiamkan diri.

“Kalau dulu timbul gosip tentang saya dan ibunya, dia akan marah tapi kali ini dia diam sahaja. Bila dia terlalu diam pun saya takut juga.

“Sebelum ini saya ada mesej dia tapi tak berbalas. Saya dah bincang dengan Vida katanya dia perlukan sedikit masa. Sejujurnya ini salah satu perkara yang saya risau, penerimaan anak-anak terhadap saya,” katanya.

Advertisement

Mengulas mengenai majlis perkahwinan, Iqbal berkata mereka akan berkongsikan lebih lanjut tidak lama lagi. Ujarnya mereka sudah ada beberapa tarikh, lokasi dan tema perkahwinan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel