Connect with us

Hiburan

Lelaki Jalani Operation Tolak Usus Jatuh Akibat Sukan Yang Berlebihan

Berbasikal semakin menjadi pilihan ramai sebagai salah satu aktiviti bersukan dan menyihatkan badan. Namun, mana-mana sukan tidak sepatutnya dilakukan secara berlebihan kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan tubuh badan kita.

Sukar untuk ditelan tapi itulah yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Nazirul Anwar Rahmat. Baru-baru ini,  melalui satu perkongsian di Facebook, dia telah dinasihati oleh doktor untuk berehat selama beberapa bulan daripada melakukan sebarang aktiviti lasak termasuklah bersukan.

Rupanya Nazirul terpaksa menjalani pembedahan yang sangat berisiko yang berpunca daripada bersukan secara berlebihan. Jelasnya, masalah kesihatan tersebut bukanlah berpunca daripada sukan semata-mata. Namun keadaannya menjadi lebih teruk apabila dia sering melakukan larian dan berbasikal tak kira siang malam.

Rutin hariannya itu akhirnya memakan diri dengan memberikan tekanan melampau ke atas otot perutnya. Pengalaman menjalani operation kali ini pula diceritakan begitu perit selain terasa seperti dihiris. Nazirul sempat menasihati supaya bersukanlah untuk sihat dan jangan sesekali berlebihan.

Advertisement

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel