Connect with us

Global

Israel Dilapor Berjaya Tahan Semula 4 Warga Palestin Yang Lepaskan Diri Dari Penjaranya

Empat daripada enam warga Palestin yang melepaskan diri dari penjara Gilbao di utara Israel awal minggu lalu dilaporkan telah ditahan semula.

Menurut BBC News, dua daripada mereka telah ditahan di sebuah tempat letak kereta, hari ini, manakala dua orang lagi ditahan berhampiran bandar Nazareth pada Jumaat.

Ada sumber yang mengesyaki bahawa kemungkinan mereka yang telah ditahan itu terpisah daripada dua orang lagi warga Palestin yang belum ditemukan, lapor The Jerusalem Post

Pihak berkuasa penjara itu telah melancarkan pencarian pada Isnin lalu setelah enam warga Palestin berjaya melepaskan diri dari penjara itu melalui terowong rahsia yang digali oleh mereka.

Advertisement

Mereka dipercayai telah menggali lubang di sel penjara mereka selama beberapa bulan sebelum akhirnya berjaya melarikan diri.

Media Israel mengganggap kejadian itu sebagai siri kesalahan dan kecuaian pegawai di penjara tersebut.

Terdapat juga laporan tidak rasmi yang mengatakan bahawa penjaga yang ditempatkan di menara pengawal di sebelah pintu keluar terowong  sedang tidur ketika kejadian itu berlaku.

Berita mengenai kejadian itu menjadi tular di media sosial kerana ramai yang beranggapan bahawa ia seakan adegan di dalam siri tv popular, Prison Break.

Sumber: BBC NewsThe Jerusalem Post 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel