Connect with us

Terkini

Niat Lufya Nak Ambil Jadi Anak Angkat Sukar, Rupa-Rupanya…

Ramai yang tertanya-tanya perkembangan mengenai kanak-kanak perempuan yang dipercayai dipukul oleh bapanya sendiri di tempat awam.

Terkini, pelakon Lufya Omar memberitahu anak malang itu kini dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berdasarkan tangkapan skrin yang dikongsikan di Instagram (IG), Lufya dimaklumkan bapa anak kecil itu sudah ditangkap pihak berkuasa.

Niat Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar ingin melawat dan berhasrat untuk mengambil sebagai anak angkat tidak kesampaian.

Advertisement

Menurut sumber yang dihubungi, prosedur yang perlu diharungi tidak mudah kerana anak perempuan itu bukan warganegara Malaysia dan perlu menunggu kes mahkamah selesai terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)


“Sedikit info tentang adik Aisyah yang tular dipukul si ayah penagih dadah. Ayahnya telah ditangkap dan Alhamdulillah Aisyah di selamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi info penempatan aisyah dirahsiakan.”

Dalam pada itu, ibu kepada Laana Haura itu turut menitipkan doa agar anak kecil itu mendapat penjaga yang baik selain dipermudahkan Allah dalam urusannya.

Advertisement

“Semoga Allah melindungi anak kecil yang tidak berdosa ini dan Allah anugerahkan penjaga yang baik untuk Aisyah. Semoga terpelihara agamamu, akhlakmu dan baik masa depanmu anak.”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut sependapat tidak mudah untuk urusan pengambilan anak angkat memandangkan Aisyah masih mempunyai waris.

Baca Kisah Adik Aisyah:

Sebak! Anak Pertahankan Bapa Walaupun Sudah Di Tampar Sampai Tersungkur

Terdahulu, tular video Aisyah ditumbuk ayahnya sehingga terjatuh ke atas jalan. Apa yang memilukan adalah tindakan Aisyah yang menghalang saksi daripada menghubungi pihak polis.

Advertisement

Sumber: Instagram @lufyalaana

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel