Connect with us

Viral

Pemergian Ustazah Shadiya Abbas Oleh Kerana Penderitaan Asma Yang Teruk

Tular kembali kisah Pendakwah wanita, Ustazah Shadiya Abbas yang telah kembali ke rahmatullah akibat penderitaan asma atau lelah yang teruk. Beliau yang pernah mengalami kemalangan bersama suami pernah beritahu Doa Asmaul Husna yang selamatkan nyawa beliau dan suami dari tragedi ngeri itu.

Dengan perwatakan tenang, lemah lembut sahabat-sahabat Ustazah Shadiya sendiri melihat beliau pergi dengan mudah.

Difahamkan Ustazah Shadiya meninggalkan suami Ustaz Muhammad Khairul Azman Md Daud dan tiga orang anak.

Akibat penderitaan asma atau lelah yang teruk Ustazah Shadiya Abas menghembus nafas terakhir pada 5.05 pagi.

“Alhamdulillah, selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya… segalanya dipermudahkan Allah.

“Urusan mandikan jenazahmu sayang dilakukan oleh ibumu, adik-beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang,” menurut suami pendakwah itu, Mohd Khairul Azman Md Daud.

Advertisement

Berkongsi luahannya, Mohd Khairul mengimbas kembali kenangannya bersama allahyarham dua hari sebelum isterinya menghembuskan nafas terakhir.

“Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi dua hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.

“Sayang… abang imamkan solat untukmu. Sebelum ini sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah,” katanya.

Malah, Mohd Khairul turut berkongsi pengalamannya mengenai urusan pengebumian isterinya yang dipermudahkan pada petang Isnin.

“Sayang… sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah dengan kubur yang indah dan liang lahad yang cantik.

Advertisement

“Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkanmu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.

“Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai but pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya daripada marmar.

“Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah,” luahnya.

Walaupun sedih, namun Mohd Khairul reda dengan pemergian insan tersayang dan menyifatkan isterinya begitu sempurna dalam menjalankan tanggungjawabnya.

“Sayang… damailah engkau di sana, abang reda dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat.

Advertisement

“InsyaAllah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga,” katanya sambil berterima kasih kepada semua yang mendoakan arwah isterinya.

Tazkirah Akhir Ustazah Shadiya Abbas

Ini tazkirah terakhir Ustazah Shadiya Abbas yang dikongsikan arwah.

JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH

Saya dapat satu video yang sedang tular mengenai pengakuan terbuka seorang bekas Muslim yang kini sudah pun menjadi seorang Pastor beragama Kristian.

Saya menonton video itu dan membaca beberapa komen. Namun tidak perlulah saya nyatakan semuanya di sini. Secara peribadi, saya melihat saudara itu dan keluarganya MASIH ADA PELUANG utk kembali ke jalan benar iaitu mengenal ALLAH dan RASUL dengan MAKNA yang BENAR dan BETUL.

Advertisement

Jika anda SAYANGKAN ISLAM, ALLAH dan RASULULLAH SAW… Tolonglah;

1. Jangan KOMEN BURUK tentang dirinya dan isterinya atau keluarganya.

2. Jika mahu komen juga, berikan kata-kata atau LINK untuk mereka baca mengenai kebenaran yang mereka salah faham. Itu usaha kita. Dia nak terima atau tolak bukan kerja kita.

3. Elakkan daripada mencaci INSTITUSI AGAMA hanya disebabkan dia adalah bekas pelajar sekolah agama. Elakkan daripada forward cerita dia.

4. JANGAN LIKE posting mereka. Cukup anda komen, “kami dah baca, anda perlukan pertolongan. Islam adalah agama yang INDAH.”

Advertisement

5. Doakan mereka dalam doa anda tanpa perlu menulis pada wall mereka. Doa yang rahsia lebih cepat makbul berbanding berdoa di facebook.

Selagi Bernyawa Pintu Taubat Masih Dibuka

ADA Sahabat NABI yang pernah MURTAD. Kemudian mereka bertaubat dan menjadi pendokong paling kuat menyebarkan ISLAM. Ia tidak mustahil berlaku juga kepada saudara tersebut dan keluarganya.

Perbuatannya sahaja yang kita marah. Jangan sampai MULUT dan TULISAN kita menafikan Rahmat Allah untuk orang yang diuji seperti itu. Selagi mereka bernyawa, pintu TAUBAT masih dibuka.

Begitu juga dengan seorang lelaki yg memakai nama IMAM TAWHIDI. Saya juga marah dengan dia kerana postingnya seperti seorang Munafiq! Hakikatnya MUNAFIQ skala bahayanya terhadap ISLAM lebih tinggi berbanding mereka yang Jelas KAFIR.

Berhati-hati dengan tulisan anda. Disebabkan tulisan anda, samada ALLAH, NABI dan ISLAM akan diCERCA…atau

Advertisement

Kata-kata anda menjadi PENCETUS HIDAYAH kepada orang lain.

ANDA PILIH!

Catatan Akhir Ustazah Shadiya Abbas Di Instagram

Tiga hari sebelum kembali ke perkampungan abadi, ustazah berkongsi catatan terakhirnya di laman instagramnya.

Kongsi arwah ustazah Shadiya Abbas yang juga terkesan dengan musibah Covid-19 ini,

Engkau lebih bermakna…
Ketika ini dan selama-lamanya.
Terutama bagi orang-orang yang kesusahan.
Tak kira jenama.
Asalkan nama kau ROTI.
Lebih berharga daripada CHANEL, LV, DUCK, HERMES… Oh roti…
Kau dah habis.
Nanti ada rezeki, kita jumpa lagi.”

Advertisement

Allahumarghfirlaha Warhamha Wa’afiha Wa’fu Anha. Salam takziah buat keluarga.

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel