Connect with us

Kemalangan

“Berehatlah Di Dunia Abadi…” – Rakan Sebak Rider Foodpanda Maut Selepas Tak Sempat Elak Kereta

Terbaru, pemergian seorang penghantar makanan Foodpanda akibat melanggar sebuah kereta di Kilometer 25 Jalan Seremban-Kuala Pilah pagi semalam mengundang sebak ahli keluarga dan rakan-rakan.

Menerusi perkongsian di laman sosial, ramai menitipkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Afiq Rudhuan selain mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo!, mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah tidak sempat mengelak sebelum melanggar sebuah kereta Perodua Axia yang sedang membelok masuk ke simpang Taman Sri Terachi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritenden Amran Mohd. Ghani berkata, kereta Perodua Axia itu menggelungsur ke hadapan sebelum melanggar sebuah kereta Proton Saga yang sedang berhenti di laluan keluar simpang berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat Allahyarham Muhammad Afiq Rudhuan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber: Kosmo! Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel