Connect with us

Jenayah

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Sungai Pelek, di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua mereka yang berusia 25 hingga 33 tahun itu ditahan di Ladang Sepang, di Sepang pada 9.30 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada teman wanita mangsa dengan menyatakan mangsa yang berusia 45 tahun telah ditetak di hadapan rumahnya, kira-kira 11.30 malam.

“Semasa mangsa berada di luar rumah kerana mahu muntah selepas mengambil sedikit minuman beralkohol, tiba-tiba datang sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah.

Advertisement

“Dua suspek keluar dari kereta itu dengan seorang daripadanya bertindak menetak mangsa di belakang badan dan kepala manakala seorang lagi memukul kepala mangsa dengan topi keledar sebelum melarikan diri dengan kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata mangsa yang parah telah dibawa ke Hospital Putrajaya dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan sebilah parang berhulu merah, topi keledar dan kesan darah di atas lantai.

Katanya selain penahanan keempat-empat lelaki itu, pihaknya turut merampas sebuah Proton Iswara dan Perodua Bezza serta empat telefon bimbit.

Siasatan awal mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau dan kesemuanya kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh, katanya.

Advertisement

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel