Connect with us

Terkini

Polis Thai Tahan 14 Warga Myanmar Termasuk Seorang Kanak-Kanak Cuba Seludup Masuk Ke Malaysia

SADAO (Selatan Thailand), 12 Sept (Bernama) — Pihak berkuasa tempatan Thailand menahan 14 warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak wanita yang cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand-Malaysia.

Pegawai Daerah Sadao Surin Suriyawong berkata pihak berkuasa menahan sembilan lelaki dan empat wanita serta seorang kanak-kanak warga Myanmar dalam dua operasi lewat petang Sabtu dan awal pagi Ahad di Sadao, yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam di Kedah, Malaysia.

Beliau berkata operasi bersepadu yang disertai polis, tentera, pegawai imigresen dan anggota sukarelawan itu turut menahan seorang lelaki warga Thai berusia 37 tahun yang dipercayai tekong dalam penyeludupan migran itu.

Beliau berkata tujuh individu ditahan dalam sebuah pikap yang dibawa lelaki warga tempatan di Samnak Kham, daerah Sadao petang Sabtu manakala tujuh lagi ditahan ketika bersembunyi di hutan belukar berdekatan sempadan ketika menunggu untuk menyeberangi ke sempadan Malaysia awal pagi Ahad.

Advertisement

“Pemandu pikap itu memberitahu polis bahawa dia dibayar 1,000 baht (RM140) untuk membawa setiap seorang migran dari daerah Na Mom, Songkhla ke sempadan Thailand-Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Surin berkata siasatan awal mendapati kumpulan migran itu dipercayai menaiki teksi dari wilayah Ang Thong yang terletak di tengah Thailand ke Songkhla dan menunggu tekong darat untuk membawa mereka menyeberangi sempadan ke Malaysia.

Beliau berkata warga Myanmar itu memberitahu bahawa mereka membayar RM3,500 seorang untuk memasuki Malaysia.

Sumber: Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel