Connect with us

Terkini

“Banyak Lagi Unit Kosong,” Orang Selangor Yang Belum Ada Rumah, Boleh Cuba ‘Apply’ Rumah Selangorku

Memiliki rumah pertama semestinya menjadi impian, tambahan pula yang sudah berkeluarga. Siapa je tak nak kan ada hartanah sendiri. Masa depan keluarga lebih terjamin dengan adanya rumah sendiri sebagai tempat berteduh.

Berita baik kepada penduduk Selangor yang ingin memiliki rumah pertama, korang boleh apply permohonan pendaftaran di bawah inisiatif Rumah Selangorku.

Rumah Selangorku merupakan Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’.

Inisiatif ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.

Advertisement

Rumah Selangorku memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Rumah Selangorku terdiri daripada empat jenis iaitu Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian salah seorang staf jualan Rumah Selangorku di bawah ini.

Rumah Selangorku ni ada dua cara nak daftar atau beli. Satu melalui website rumah Selangorku sendiri (kena tunggu giliran), satu lagi direct melalui developer.

Ramai yang tak tahu boleh beli melalui developer sebenarnya termasuk la saya sendiri dulu. Puas menunggu giliran dari 2019 lama betul.

Advertisement

Syarat mohon rumah Selangorku

  • Warganegara Malaysia atas 18 tahun
  • Penduduk Selangor
  • Belum pernah memiliki rumah
  • Pendapatan minimum RM 3 ribu hingga maksimum RM 10 ribu (jenis rumah B,C,D)

Rumah Selangorku

  • Lokasi rumah adalah berdekatan UKM Bangi.
  • RM 240 ribu untuk 1000 kaki persegi dengan balkoni
  • Freehold
  • 3 bilik 2 bilik air
  • 2 lot parking
  • Bulanan RM 867 hingga RM 1051 (bergantung loan dapat 90% atau 100% dan tempoh bayaran 30/35 tahun)

Kos Rumah Selangorku

Mesti korang nak tahu kos nya kan? I will be transparent about the cost senang untuk korang prepare.

  • Booking RM 500 (untuk check loan dan unit)
  • Downpayment 10% (boleh guna EPF Akaun 2)
  • SPA dan legal fees RM 4800
  • MOT percuma untuk pembeli rumah pertama

Rakyat Selangor apa tunggu lagi, boleh la apply Rumah Selangorku ni kalau nak merasa ada rumah pertama dengan harga mampu milik.

Sumber: Twitter @itslelatoyou

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel