Connect with us

Terkini

“Saya Nak Cakap Saya Tak Redha Benda Tu” – Imam Besar Masjid Putra Dedah Memang ada kuota 30 tempat untuk VIP, Doakan Orang Yang Viralkan Dapat Hidayah

Imam besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim menjelaskan bahawa sememangnya terdapat kuota khusus untuk golongan kenamaan (VIP) di jabatan kerajaan bagi menunaikan solat Jumaat, lapor Malaysiakini.

Menerusi sesi siaran langsung di laman Facebook miliknya, beliau berkata kuota tersebut adalah sebanyak 10 peratus iaitu 30 tempat daripada kapasiti seramai 300 jemaah yang dibenarkan.


“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan.

“Kita nak bagi peluang kepada VIP – pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat.

“Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya semalam.

Beliau berkata, golongan tersebut perlu memberikan nama lebih awal bagi mendapatkan slot, manakala kuota orang ramai pula menggunakan konsep “siapa cepat dia dapat”.

Sementara itu, Ikmal juga terkilan dengan tindakan individu yang merakam kononnya terdapat layanan berbeza antara VIP dan ‘orang biasa’ yang hadir ke masjid, Jumaat lalu sehingga tular di media sosial.

Advertisement


Terdahulu, rakaman berdurasi 52 saat itu memaparkan pintu pagar utama masjid dibuka untuk seorang VIP sebaik tiba dengan menaiki kenderaan mewah manakala jemaah lain hanya mampu beratur sambil memegang sejadah.

Baca: ‘Diberi Masuk, Lepas Tu Terus Tutup Pagar’ – Dakwaan layanan Dua Darjat, Ini Penjelasan Masjid Putra

Sumber: Malaysiakini , Twitter @mkhairulazri & @ryqallbarbossa

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel