Connect with us

Berita Lain

‘Seniman Haji Arshad Kayuh Basikal Ke Seluruh Malaya Dengan Hanya Berbekal RM3’

Siapa yang tak kenal seniman Haji Arshad pelakon kegemaran ramai.  Nada suara yang garau serta  vasatile dengan identiti tersendiri. Apatah lagi kalau lakonan seni panca silat memang menarik sekali.

Seniman Haji Arshad s ebelum bergelar pelakon Seniman HAJI ARSHAD telah menempuh pelbagai macam kekecewaan hidup.

Pada usia 13 tahun, beliau telah berangkat ke Mekah bersama ayahnya untuk menunaikan fardhu Haji dengan menaiki kapal. Beliau menetap di Mekah selama 11 bulan. Sekembalinya ke tanah air, beliau belajar bahasa Arab di Sekolah Al Mash-hur, Pulau Pinang. Pada usia belasan tahun, beliau telah bertunang dengan seorang gadis tempatan tetapi ia berakhir dengan kekecewaan apabila tunangnya dirampas orang. Tambah lagi kehampaan apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke University Al Azhar di Mesir gagal kerana pergolakan revolusi di sana.

Disebabkan kekecewaan berlipat ganda, Haji Arshad membuat keputusan untuk menjelajah seluruh Malaya mengayuh basikal dengan berbekal 3 ringgit sahaja. Ia telah mengambil masa selama 14 bulan. Oleh kerana sifat ramah dan jujur, beliau sentiasa mendapat perlindungan dan makanan ketika di rantau orang.

Setelah selesai pengembaraannya, Haji Arshad berhijrah ke Singapura pula, kononnya mahu menjadi penulis, tetapi gagal juga. Hidupnya semakin tak karuan, bagaikan melukut di tepi gantang. Tiba2 peluang datang menggolek. Beliau ditawarkan untuk menjadi pelakon extra di Studio Jalan Ampas untuk filem PENCHURI (1956) diikuti dengan 13 buah filem, semuanya watak extra dengan bayaran 5 hingga 10 ringgit sehari. Kemudian beliau dipelawa oleh Penolong Pengarah Dol Haron (anak Seniman Haron Omar) untuk mencuba nasib di Cathay Keris dan filem pertamanya adalah SUMPAH PONTIANAK disusuli dengan lakonan berwatak iaitu sebagai Lela dalam MAHSURI. Nama Haji Arshad melonjak naik pada tahun 1962 bila dia berlakon sebagai Alang Ali dalam LANCHANG KUNING arahan pertama M Amin. Pada tahun yang sama juga, beliau menamatkan zaman bujangnya, mendirikan rumahtangga dengan Raja Fatimah (adik kepada Seniwati Raja Hamidah – isteri Pengarah Salleh Ghani).

Advertisement

Nama sebenar Haji Arshad adalah Mohd Doughlas bin Mohari, lahir pada 21 Jun 1936 di Kg Permatang, Kuala Selangor. Selepas pulang dari Mekah, beliau dan ayahnya telah menukar nama masing2 kepada Haji Arshad dan Haji Abdul Ghani.

 

 

Haji Arshad meninggal dunia pada 26 Ogos 1995 dalam usia muda 59 tahun.

Yang buat admin tertanya:

Bagaimanakah ayah beliau mendapat ilham menamakan anaknya Mohd DOUGHLAS?

Adakah ayahnya seorang peminat tegar hero Hollywood pada zaman itu, iaitu DOUGLAS Fairbanks yang menjadi pujaan ramai di zaman muda ayahnya? Wallahualam.

Semoga rohnya Seniman Haji Arshad bin Abdul Ghani ditempatkan bersama orang2 solihin , disusuli dengan bacaan AL FATIHAH.

Advertisement

Sumber: Famili Artis2 Lagenda

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel