Connect with us

Terkini

Tak Sempat Buat Majlis Kahwin Sebab PKP, Suami Isteri Bersanding Siap Bawa Anak Kembar

Sejak PKP dikuatkuasakan di Malaysia, ramai pengantin yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka dan sekadar membuat akad nikad. Segala ‘wedding dream’ juga terpaksa dilupakan selain merancang akan membuat persandingan berdasarkan kelonggaran SOP yang akan diumumkan kerajaan secara berkala. Namun, tidak semuanya berlaku mengikut peracangan.

Persis kisah unik di bawah, suami isteri berkenaan bagaimanapun melangsungkan persandingan mereka dengan kehadiran 2 cahaya mata kembar. Serasi mengenakan busana indah berwarna marron, kemasukan mereka di ruangan jalan tengah langsung menarik perhatian.

Apalagi si kecil yang digendong kelihatan melelapkan mata di atas pelamin. Kedua-dua mempelai masih nampak berseri umpama pengantin baru.

@nreennaimaaasape macamni jugak kita geng ? 🤣🤭#pengantinpkp #babytwinspkp #zyxcba #masukberanda♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??

@tunsyazreenbeta janji jaga 🙋🏻 @nreennaimaaa Syukur dapat naik pelamin sekali anak 🥰#fyp #foryourpage #foryouシ #esekeli #tiktokmalaysia #tiktokindonesia♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??


Melalui penjelasan wanita anggun ini, dia tidak sempat bersanding ketika PKP dilaksanakan dan siapa menduga mereka kemudiannya dikurniakan rezeki zuriat yang sangat comel. Tambahan pula, difahamkan mereka enggan duit bayaran majlis yang sudah dilaburkan’hangus’ begitu sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, netizen merasa sangat terhibur selain berseloroh bayi berkenaan beruntung kerana dijemput hadir ke majlis kahwin ibu bapanya sendiri. Ada juga yang merancang perkara sama selain memuji kecomelan kembar Puan Nureen.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel