Connect with us

Hiburan

Cinta ‘Tak Dipersetujui’, Love Lock Puteri Dan Atyl Dipotong Bikin Netizen Simpati

Mengunci mangga di jambatan menjadi trend yang popular di beberapa negara termasuk di Perancis dan Korea Selatan yang menyaksikan ia menjadi lokasi tumpuan wajib bagi pelancong dari seluruh dunia.

Tular mengenai love lock yang telah diletakkan di Jambatan Gantung Satok, Sarawak semalam.

Melalui perkongsian yang dimuatnaik oleh netizen di media sosial, kewujudan satu-satunya mangga di jambatan itu disedari selepas ia memancarkan kilauan apabila dilihat dari jauh.

Malangnya, love lock yang tertera nama Puteri dan Atyl itu tidak kekallama kerana ia telahpun dipotong oleh pihak berkuasa agar ia tidak menjadi trend selepas ini.

Advertisement

Kewujudan mangga itu pastinya mendapat pelbagai reaksi, khususnya dari penduduk Sarawak yang menyokong ia dipotong bagi menjaga ‘keutuhan’ mercu tanda di bandar raya itu.

Rata-rata dari mereka turut ‘bersimpati’ kerana cinta yang telah ‘dikunci’ di jambatan tersebut nampaknya ‘tidak berkekalan’. Namun, mereka mendoakan agar hubungan pasangan itu tetap baik-baik saja.

Advertisement

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel