Connect with us

Politik

Kontroversi Tercetus Dalam Persidangan Dewan Rakyat Selepas Timbul Isu ‘Mangkuk’

Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini dilihat telah mencetuskan kontroversi selepas perkataan ‘mangkuk’ menjadi topik utama hari ini.

Hal itu berlaku semasa Ahli Parlimen Larut, YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin sedang mengulas berkenaan kompaun yang dikenakan kepada Ahli Parlimen ketika berhimpun di Dataran Merdeka bulan lalu.

Namun, perkara itu dibalas oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dilihat mengeluarkan perkataan itu yang menggambarkan ketidakpuasan hatinya.

Perkataan mangkuk boleh diterjemahkan kepada satu tindakan ‘tidak betul’ dalam sesuatu loghat dan ia dikeluarkan selepas mendengarkan jawapan balas Hamzah.

Advertisement

“Kalau benar masuk, tidak berlaku perhimpunan. Kami nak pergi ambil barang, apa punya mangkuk.”

Disebalik kejadian itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dilihat turut menyelar penggunaan ayat tersebut ketika persidangan Dewan Rakyat.

Menurutnya, walaupun MoU baru sahaja dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan semalam, namun beliau menyifatkan perilaku mereka masih sama dan tidak matang.

Penggunaan ayat seperti ini tidak patut diungkapkan oleh Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia. Baik ada MoU atau tidak, perangai tetap sama, masih belum berubah, masih belum matang.

Advertisement

Selain itu, beliau juga turut menyifatkan bahawa ia merupakan salah satu cabaran bagi menjayakan tranformasi Parlimen dan mengekalkan kestabilan politik.

“Inilah cabaran terbesar untuk menjayakan transformasi Parlimen dan mengekalkan kestabilan politik.”

“Keikhlasan perlu ada pada semua pihak dan perlu ada anjakan paradigma. Doakan yang terbaik buat Keluarga Malaysia.”

Mahfuz turut diminta menarik balik kenyataan itu berikutan disifatkan melanggar peraturan Dewan Rakyat susulan mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel