Connect with us

Politik

Peja Dibayar Gaji Notis Sebulan RM27,000 Sebagai Penasihat Muhyiddin 11 Hari

Published

on

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menerima bayaran secara pro rata untuk 11 hari dan gaji penuh sebulan berjumlah RM27,227.20 sebagai penasihat bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran gaji penuh itu adalah gantian notis penamatan perkhidmatan berikutan tempoh perkhidmatan Faizal yang singkat dan tidak cukup sebulan.

Katanya, jawatan itu tidak melibatkan pembayaran pencen.

Ismail berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen selepas Lim Lip Eng (PH-Kepong), meminta beliau menyatakan jumlah gaji diterima oleh Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri untuk tempoh yang singkat itu.

Lim turut mempersoalkan sama ada terdapat jumlah gratuiti dan pencen bulanan yang beliau layak menerima daripada kerajaan, selain bertanya apa tugas Faizal sebenarnya.

Ismail berkata, tugas Faizal semasa kerajaan PN memerintah adalah untuk menasihati Perdana Menteri dalam hal berkaitan komunikasi komuniti.

Selain itu, katanya, Faizal bertanggungjawab mewujudkan jalinan kerjasama erat antara kerajaan dan pimpinan masyarakat.

“(Beliau juga) meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar kerajaan menerusi saluran komunikasi yang berkesan, dan meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dalam aspek pembangunan sosioekonomi rakyat,” katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Faizal dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Muhyiddin dengan jawatan bertaraf menteri sebelum Perdana Menteri itu meletak jawatan pada 16 Ogos.

Sumber: FMT

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Kumpulfund - Kita Bantu Kita KumpulFund membantu anda untuk mengumpulkan dana secara telus dan mudah untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan, pelajar, gelandangan, haiwan, dan sebagainya. Mulakan kempen anda sekarang! Qries
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending