Connect with us

Kemalangan

Pekerja Am Maut Tersepit Jentera ‘Spin Chiller’

Seorang pekerja am di sebuah kilang memproses produk ayam sejuk beku di Jalan Ayer Hitam dekat sini, maut akibat tersepit dalam jentera spin chiller, Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor, Husdin Che Amat berkata dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 40 tahun ditugaskan untuk menjalankan kerja pembersihan jentera kilang bersama dua lagi rakan sekerjanya.

“Tiada operasi pengeluaran dijalankan pada hari kejadian dan ketika mangsa menjalankan kerja pembersihan di jentera spin chiller berseorangan, mangsa terjatuh ke dalam ruang jentera spin chiller dan dihimpit oleh skru conveyor alat berkenaan.

“Operasi jentera dimatikan oleh rakan sekerja selepas melihat kaki mangsa terkapai-kapai dari dalam jentera. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurutnya JKKP telah mengeluarkan ‘Notis Larangan’ kepada majikan atas kegagalan untuk memastikan jentera spin chiller dikendalikan dengan selamat dan kegagalan untuk mengadakan sistem kerja selamat khususnya sistem Lockout /Tagout (LOTO) bagi kerja pembersihan jentera.

Husdin berkata majikan juga diarahkan untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi kerja pembersihan jentera termasuklah mengadakan prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko serta latihan ynag diperlukan kepada pekerja yang terdedah kepada risiko ketika membersih jentera spin chiller.

Selain itu, majikan tersebut telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera bagi menjalankan siasatan dalaman dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh jabatan bagi melengkapkan hasil siasatan.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan. Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti hazard, menganalisis dan menaksir risiko yang berkaitan dan seterusnya melaksanakan langkah kawalan yang sesuai bagi mengawal risiko berkaitan. Ia merupakan satu daripada kewajipan am majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, di mana majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya dan orang lain yang berkenaan,” katanya.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel